FPK tidak wujud secara tiba-tiba
tetapi dirancang dengan teliti serta mempunyai acuannya yang tersendiri. Acuan
yang digunakan mengambil yang terbaik dari Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan
aliran Falsafah Pendidikan Barat (FPB).
3.4.1 Mazhab Falsafah Barat
Perbandingan ciri-ciri mazhab
falsafah umum barat
®
Mazhab falsafah idealisme
-
Metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan ke dalam
bentuk fikiran.
-
Epistemologi,
sesuatu kebenaran adalah sebagai idea yang berada dalam pemikiran. Hal ini
melibatkan keupayaan berfikir, memahami dan menaakul kerana mazhab idealisme berpendapat
pengetahuan boleh diperoleh tanpa melibatkan deria atau pengalaman, sebaliknya boleh
melalui celik akal atau secara intuitif.
- Aksiologi, sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu nilai adalah tetap dan tidak berubah sama ada antara generasi atau antara masyarakat.
®
Mazhab falsafah realisme
-
Metafizik, fokusnya ialah kepada objek dan jirim.
-
Epistemologi, berpendapat
bahawa seseorang manusia lahir dengan fikiran, kefahaman dan ingatan yang
kosong(tabularasa). Oleh itu, pengetahuan adalah hasil interaksi manusia dengan
alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya. Semakin banyak seseorang itu
berinteraksi, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh.
-
Aksiologi, ialah
penerimaan sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai
itu dirujuk kepada sejauh manakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan
nilai Masyarakat. Oleh itu, nilai yang diterima boleh jadi berbeza antara masyarakat.
®
Mazhab falsafah pragmatisme
-
Pendokongnya berpendapat alam semesta tidak
statik,sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan.
-
Manusia yang menjadi salah satu komponen ala
mini merupakan makhluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi
sosial,mental,fizikal,mobiliti dan tindakan.
-
Pada setiap masa manusia memperoleh pengalaman
melalui proses kehidupan yang dilaluinya.
-
Dengan itu, penyokong mazhab ini berpendapat
realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam pemikiran tanpa pengalaman adalah
sukar untuk dipastikan & dibuktikan. Contohnya, mampukah seseorang
menerangkan pengalaman kematian dan kehidupan selepas mati? Oleh itu dapatkah
anda rumuskan pandangan mazhab pragmatism terhadap konsep metafizik?
-
Epistemologi,
ialah pengetahuan adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia
melalui perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana pengetahuan manusia
sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka kebenaran
juga akan berubah.
-
Aksiologi, ia
sangat bergantung kepada situasi iaitu dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak
dilihat dan diaplikasikan.
®
Mazhab falsafah eksistensialisme
-
Metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat
individu. Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu
bebas menentukan persekitaran bagi menambah pengalamannya.
-
Epistemologi, ialah
ilmu pengetahuan seseorang adalah berpunca dari pengalaman dan persekitarannya.
Oleh kerana individu bebas menentukan persekitaran sosial dan fizikalnya, maka
semakin banyak interaksi seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin
banyaklah pengalaman yang diperoleh.
-
Aksiologi, ialah
persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal ini bermakna
seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya,
tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.
3.4.2 Aliran Falsafah Pendidikan
Barat
®
Falsafah Pendidikan Perenialisme
-
Aliran falsafah ini berasakan pemikiran Plato.
-
Beliau berpendapat kebenaran adalah tulen yang
bersifat sejagat dan tidak berubah dari dimensi ruang, masa dan budaya dari
satu generasi ke generasi yang berikutnya.
-
Latihan untuk memperkembangkan mental manusia
kea rah kebenaran.
-
Perlaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata
Pelajaran dan berfokus terhadap Pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi
mata pelajaran Kesusasteraan, Kemanusiaan, Bahasa, Sejarah dan Matematik.
®
Falsafah Pendidikan Progresivisme
-
Fahaman aliran falsafah perenialisme tidak
dipersetujui oleh sebahagian tokoh pendidik.
-
Aliran falsafah ini, meletakkan murid sebagai
orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat mereka sendiri.
-
Individu yang dilahirkan di dunia ini mempunyai
potensi, minat dan bakat yang berbeza.
-
Memberi fokus kepada mata pelajaran Sains sosial
dan merentas disiplin.
-
Meletakkan kepercayaan bahawa kanak-kanak
membesar dengan keupayaan untuk bertindak sebagai peneroka, penjelajah dan
mengadaptasikan terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya.
®
Falsafah Pendidikan Esensialisme
-
Menurut aliran falsafah ini, pendidikan adalah
bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan Sejarah yang terkumpul dan
berkekalan buat sekian lama.
-
Ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, dan sikap
adalah penting untuk disampaikan kepada generasi muda.
-
Kirukulum adalah berpusatkan mata pelajaran.
-
Pada peringkat sekolah rendah,fokusnya adalah
terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di peringkat
sekolah menengah pula, fokusnya adalah terhadap mata pelajaran Matematik,
Sains, Bahasa, Kesusasteraan dan Ilmu Kemanusiaan.
®
Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme
-
Falsafah pendidikan rekonstruksionisme muncul
pada abad ke-20
-
Aliran ini dipelopori oleh George Counts and
Harold Rugg.
-
Falsafah ini memberi perhatian terhadap
pembentukan semula masyarakat ialah perubahan dan reformasi sosial.
-
Bertujuan untuk menyedarkan murid-murid tentang
masalah-masalah sosial, ekonomi, dan politik yang berlaku.
-
Kurikulum yang disediakan mengandungi
masalah-masalah sosial, ekonomi, dan politik yang berlaku dalam masyarakat.
-
Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu
membimbing murid agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
masyarakat.
-
Peranan sekolah adalah sebagai institusi utama
membina Masyarakat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan