3.2 FPK: CABANG FALSAFAH & PERSOALAN PENDIDIKAN

            Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi  saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap daripadanya ditugaskan untuk menyelesaikan setiap persoalan yang berbeza.

®  Metafizik

-        memerlukan ketajaman fikiran manusia untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada.

-        Antara cakupan yang terdapat dalam cabang metafizik antaranya meliputi hakikat kesejagatan(cosmology), hakikat ketuhanan(theology),hakikat manusia dan alam(ontology).

®  Epistemologi

-         Menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya di muka bumi ini.

-        Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut yang mencakupi agama,sains, atau falsafah.

®  Aksiologi

Dalam kehidupan manusia, etika dan estetika bergabung untuk membentuk keharmonian.

         Etika

-        Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya.

-        Ada perilakuan yang dikatakan baik dan ada juga perilakuan yang dikatakan tidak baik.

-        Ada etika yang didokumenkan yang membentuk peraturan dan undang-undang seperti etika berpakaian dan etika kerja.

-        Terdapat juga etika yang tidak didokumenkan yang berupa pantang larang atau taboo ke atas ahli sesuatu Masyarakat. Contohnya, makan menggunakan tangan kiri, tetapi ia terhad kepada sesuatu Masyarakat dan bukannya keseluruhan Masyarakat sejagat.

Estetika

-        Estetika ialah meletakkan nilai keindahan atau kecantikkan terhadap sesuatu yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

-        Contohnya, mata melihat panorama yang indah dan cantik,begitu juga apabila telinga mendengar alunan lagu dan irama yang merdu.



Falsafah: cabang, persoalan dan penyelesaian

Cabang  Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

®  Metafizik

-        Penekanan terhadap aspek realiti,ketuhanan dan kesejagatan kearah globalisasi,kemajuan, dan kerohanian.

 

®  Epistemologi

-        Merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan, dan keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan manusia.

-        FPK menitik beratkan pendidikan yang berteraskan kehidupan warganegara Malaysia.

 

®  Aksiologi

Menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam perbangunan seorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika.

 

Nilai Etika

-        Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam diri individu yang membolehkan pembangunan individu kearah yang lebih maju dan baik.

-        Apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu,nescaya dapat ,melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi.

Nilai Estetika

-        Nilai estetika ialah melibatkan kesenian atau kecantikkan iaitu individu yang memiliki sahsiah yang seimbang dari segala aspek.

®  Logik

-        FPK ini dikatakan bersifat rasional kerana matlamat FPK ini mampu direalisasikan selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

-        Cabang falsafah ini berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah iaitu metafizik,epistemologi dan aksiologi kerana berlandaskan kepada bidang logikal. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan