3.3 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

 

              Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu, seimbang, dan sempurna. Islam tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah beragama. Di dalam al-quran tiada dinyatakan falsafah tetapi disebut tentang hikmah. Dari aspek cabang falsafah islam, penekanan kepada kepercayaan mengawal pemikiran dan tindakan.

{        Pada peringkat awal,tidak terdapat sebarang bentuk falsafah Pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara Islam.

{        Semua negara Islam menggunakan dan mengamalkan dasar dan sistem pendidikan mengikut apa yang telah ditentukan oleh pemimpin negara masing-masing.

{        Oleh kerana itu, ada yang membentuk ideologi yang ekstrim contohnya Iran dan Afganistan, falsafah yang di ambil dari barat iaitu Turki dan falsafah yang diadaptasikan dari negara-negara lain iaitu Malaysia.

{        Sehinggalah pada tahun 1977 apabila Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) sedunia mengadakan satu persidangan khusus untuk membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan hasil pendidikan.

{        Maka falsafah Islam didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam membina falsafah pendidikan di negara-negara yang mengiktiraf negaranya sebagai negara Islam.



      Prinsip dalam falsafah pendidikan islam

          Pendidikan berterusan kea rah perkembangan diri individu dari segi Rohani,intelek,emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman,berakhlak, bertakwa dan beramal soleh untuk membina Masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.

(persidangan Negara Islam,1977) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan